Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.

Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.

Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2018 Anjuran JKKK Sungai Pinang Dengan Kerjasama PI Sungai Pinang

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Tujuannya adalah untuk memupuk semangat cintakan Negara dari kecil supaya kelak menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan Negara... baca selanjutnya

PI Mini Contest Merdeka

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Tujuannya adalah untuk memupuk semangat cintakan Negara dari kecil supaya kelak menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan Negara... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai... baca selanjutnya

Majlis Jamuan Hari Raya Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PI Sungai Pinang diantara staff PI Sungai Pinang dan juga diantara penduduk kampung Sungai Pinang... baca selanjutnya

Word Shake Battle Dewasa

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Wordshake merupakan teknik pembelajaran baru yang dijalankan memfokuskan penggunaan Bahasa Inggeris mudah dalam pembelajaran. Kita diminta untuk membuat perkataan mudah daripada huruf-huruf yang diberi... baca selanjutnya

Word Shake Battle Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Wordshake merupakan teknik pembelajaran baru yang dijalankan memfokuskan penggunaan bahasa Inggeris mudah dalam pembelajaran. Kita diminta untuk membuat perkataan mudah daripada huruf-huruf yang diberi dan disini akan menguji minda kita dimana setiap perkataan yang betul akan diberi markah... baca selanjutnya

Digi Maker Camp

Aktiviti Terkini | 21-22 April 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai teknologi Arduino dan coding komputer... baca selanjutnya

Taklimat Maklumat Palsu Di Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara... baca selanjutnya

Taklimat Keselamatan Internet & Kempen Sebenarnya.My Di Di Fiesta Sehati RTM

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2018

Dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahayanya penyebaran maklumat palsu kerana ia merupakan musuh utama negara... baca selanjutnya

PI1M Mini Contest Extra

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda pelajar, menarik dan interaktif... baca selanjutnya

Pertandingan Puzzle Online

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan kanak-kanak melalui penglihatan. Dalam pada itu, dengan adanya pertandingan ini budaya berfikir dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak... baca selanjutnya