Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.

Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.

Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM KEMASKINI BR1M DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 21 - 24 Disember 2016

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada masyarakat dengan kewujudan Pusat Internet di kampung sungai pinang. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara orang-orang kampung Sungai Pinang bersama staf Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pinang... baca selanjutnya

PROGRAM KHATAN PERDANA ANJURAN JKKKP SUNGAI PINANG DENGAN KERJASAMA PI1M SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Tujuan Program Khatan Perdana Diadakan Adalah Untuk Meringgankan Lagi Ibu Bapa Yang Kurang Berkemampuan.... baca selanjutnya

Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga & Komuniti (Face)

Aktiviti Terkini | 28 November 2016

Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga & Komuniti (Face) Peringkat Negeri Pulau Pinang Sempenan Sambutan Hari Keluarga Peringkat Negeri Pulau Pinang... baca selanjutnya

BENGKEL VIDEO BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 11 November 2016

Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti dan pelajar menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan... baca selanjutnya

Bengkel Video Mykomunitikreatif Di SMK Pondok Upeh

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2016

Bengkel Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan merupakan salah satu program di bawah inisiatif Komuniti Pintar.... baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi & Lego Anjuran Mcmc

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Suruhanjaya Multimedia (SKMM) Komunikasi dan sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia yang memainkan peranan untuk memastikan liputan perkhidmatan dan penggunaan ICT sedang diberi kuasa untuk seluruh masyarakat di Malaysia. Untuk tujuan ini, Malaysia telah mula menubuhkan Inisiatif Komuniti Bestari melalui peringkat... baca selanjutnya

Hari Sukan Negara Anjuran Jkkkp Sungai Pinang

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2016

Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SMK Pondok Upeh dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Berita Terkini | September - November 2016


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Berita Terkini | Sepanjang Tahun

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 & 28 September 2016

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 15 September 2016

Sempena sambutan Hari Malaysia, PI1M Sungai Pinang telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bermula 10 pagi sehingga 12 tengahari. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara kepada para pelajar... baca selanjutnya

Hari Terbuka & Majlis Perasmian PI1M Sungai Pinang

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia YB Dato’ Seri Dr Haji Hilmi Bin Haji Yahaya pada 20/8/2016... Baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya PI1M Sungai Pinang

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016

Pada 29 Julai 2016, PI1M Sungai Pinang telah mengadakan Jamuan Hari Raya Terbuka sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini. Program ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang yang melibatkan seramai 300 orang... Baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT VIDEO BERSAMA AHLI-AHLI PI1M SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 11 - 13 Jun 2016

Memberi pendedahan kepada mereka cara untuk mengedit dan membuat video menggunakan video maker. Kami memberi pemahaman tentang cara membuat video yang berkualiti dan juga membuat video-video yang bermanfaat untuk masyarakat... Baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH (ULANGKAJI BERSAMA PELAJAR DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA SUNGAI PINANG)

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2016 - 4 Jun 2016

Sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun PI1M Sungai Pinang menganjurkan Program cuti sekolah iaitu mengulangkaji pelajaran bersama pelajar-pelajar UPSR yang akan menduduki peperiksaan UPSR... Baca selanjutnya

FAMILY ON ALERT

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2016

Program ini diadakan adalah untuk meraikan hari keluarga anjuran AADK Barat Daya bersama Perpustakaan Desa Sungai Pinang dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang, JKKKP Sungai Pinang, UPM, Politeknik Seberang Prai, Pusat Khidmat Kadun Teluk Bahang dan Pusat Khidmat Parlimen Balik Pulau... Baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 27 April 2016

Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya... baca selanjutnya

PROGRAM CSR MRSM BALIK PULAU SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN MARA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI PINANG.

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2016

Majlis Gotong Royong Sempena Sambutan 50 Tahun Mara Diperkarangan Sekolah Agama Sungai Pinang. Gotong Royong Bersama JKKKP Sungai Pinang dengan kerjasama MRSM Balik Pulau, Qariah Masjid Sungai Pinang, TABIKA Sungai Pinang, Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang dan Perpustakaan Desa Sungai Pinang kerana telah menjayakan gotong royong disekitar Madrasah Raiyah Islamiah dan Masjid Al Ehsan Sungai Pinang.... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini | Februari 2016

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Febuari 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan kanak-kanak melalui penglihatan. Dalam pada itu, dengan adanya pertandingan ini budaya berfikir dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak. Di akhir sesi, hampir kesemua peserta mampu menyiapkan cantuman puzzle yang telah diberikan... baca selanjutnya

PERTANDINGAN BIJAK JAWI

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2016

Tujuan program ini adalah untuk menguji tahap penguasaan Bahasa jawi dikalangan murid-murid madrasah ar raiyyah sungai pinang.... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti