INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Maklumat Am

Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64% kaum Melayu dan 36% kaum Cina. Mengikut statistic kajian penduduk 2010, penduduk Sungai Pinang hamper mencecah 6500 orang. Majoriti penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana. Kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, nelayan, dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil menjawat jawatan penting di sektor awam.


Peta lokasi Sungai Pinang


Kampung Sungai Pinang dibahagikan kepada 4 mukim iaitu Kuala Sungai Pinang, Mukim 3, Mukim A, dan Bukit Kecil.



Kuala Sungai pinang


JUMLAH PENDUDUK & PEKERJAAN

LELAKI WANITA
3000 Orang 3500 Orang
UMUR LELAKI WANITA
60 Tahun ke atas 150 orang 250 orang
40-59 Tahun 600 orang 700 orang
18-39 Tahun 900 orang 1100 orang
13-17 Tahun 350 orang 250 orang
6-12 Tahun 350 orang 350 orang
0-5 Tahun 250 orang 350 orang

Penduduk Kampung Sungai Pinang majoriti nya adalah terdiri daripada Kaum Melayu iaitu seramai hampir 2800 orang, kemudian diikuti dengan kaum Cina iaitu seramai 1550 orang, dan selebihnya adalah kaum minoriti di Kampung Sungai Pinang ini. Rata-rata penduduk di Kampung Sungai Pinang memperoleh pendapatan dengan menjalankan pekerjaan sendiri seperti bertani, membuat perindustrian kecil, ternakan dan sebagainya. Tidak kurang juga penduduk yang memperoleh pendapatan dengan bekerja dalam sektor kerajaan dan juga swasta.

Info JKKK Kampung Sungai Pinang

PENGERUSI En. Mohd. Yusoff Salam
SETIAUSAHA En. Mansor bin Ismail
BENDAHARI En. Kang Ah Chen @ Tan Seng Hooi
AJK

Md Baharom bin Shari Pinansa
Mohamad Zain bin Ismail
Hassan bin Mohamad
Abd Rahim bin Md Isa
Zulkafli bin Hussin
Khairul Anuar bin Omar
Sulaiman bin Tayib
Phang Yew Sak
Saaidin @ Saaiden bin Yusof
Zakiah binti Abdullah
Lim Tek Jun

AHLI POLITIK


Datuk Seri Dr Hilmi Bin Haji Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau.
Alamat : Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau No 9 Taman Pasir Mas, Simpang Empat 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
No Tel Pejabat : 04-8661760
No Fax : 04-8661821
H/P : 012-4298888
Email : hilmi@moh.gov.my



Yb Datuk Shah Headan Ayoob Shah
Adun Teluk Bahang
Alamat : 23, Jalan Sungai Rusa 1, Taman Mutiara Sungai Rusa 11010 Balik Pulau Pulau Pinang.
No Tel Pejabat/Fax : 04-8662991
H/P : 016-4167333
Email : aduntelokbahang@gmail.com


Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Saanen Dairy Goat Farm


Tidak mengenakan caj masuk tetapi menjual produk tenusu dan ais krim kepada para pelawat. Letaknya berdekatan Kem PLKN Sungai Pinang. Rasanya bas besar tak boleh masuk hingga ke pintu ladang.
Waktu beroperasi 10 pagi - 5 petang

Countryside Stables Penang


Terdapat ladang kuda di sini seperti Countryside Stable Penang. Boleh beri makan dan menunggang kuda

Ladang Burung Merpati Terbesar di Pulau Pinang(Audi Dream Farm)


Burung merpati ni rupanya ada orang bela. Bukan setakat burung merpati yang ada di tepi jalan saja tetapi diimport dari seluruh dunia dan ladang ni ada di Balik Pulau iaitu di Audi Dream Farm. Bukan setakat Burung Merpati kat sini juga ada banyak burung dan binantang lain macam rusa. Nak main petik-petik sayur pun ada. Tapi tanya dulu lah. Jangan main petik nanti kena petik.


Air Terjun Titi Kerawang
Terletak di kawasan berbukit yang menghampar hampir 90 peratus muka bumi daerah Balik Pulau dan Teluk Bahang, suasana nyaman benar-benar terasa. Apa tidaknya, pokok-pokok hutan berusia ribuan tahun yang memayungi rimba di sini memberi pemandangan menghijau yang mendamaikan.



Taman Rekreasi Sungai Pinang

Taman rekreasi ini menjadi tumpuan penduduk tempatan malahan penduduk luar terutamanya pada hujung minggu untuk mengadakan aktiviti berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Air terjun yang mengalir dari puncak bukit ini sudah pastinya menyegarkan di tambah pula dengan kebersihan air yang terjaga cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini untuk tertarik singgah di sini bagi menikmati sendiri suasana yang mendamaikan.


Tempat Makan Yang Menarik


Eryna Café

Eryna Café adalah salah sebuah kedai makan yang terkenal di kawasan Sungai Pinang ini. Berkonsepkan kari ikan yang dimasak di dalam claypot, Eryna Café menyajikan masakan kari ikan yang biasanya terdiri daripada ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan pelotan, ikan bawal, ikan pari dan kadang kala juga ikan sembilang. Bagi sesiapa yang datang ke Sungai Pinang ini, rugi kalau anda tidak mencuba sendiri masakan kari di Eryna Café yang pastinya menjaminkan kepuasan kepada anda dan juga harga yang amat berpatutan.


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Petronas Balik Pulau
Pejabat Pos Balik Pulau
Klinik 1Malaysia Balik Pulau
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang Balik Pulau
SMK Seri Balik Pulau
Kisah Kejayaan

Nor Hafizah Bt. Nadzri
Celik IT

Umur:
14 tahun

Email:
norhafizah4428@gmail.com

Keahlian PI1M:
6/12/2015

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Selalu mengunjungi ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum adanya PI1M ini, beliau kurang mahir dan kurang tahu bagaimana untuk melayari internet dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mula meminati untuk datang ke sini selalu untuk melayari internet secara bijak hingga mahir dalam menggunakan pelbagai jenis program dan MS. Office.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Belajar cara buat video.
- Belajar membuat poster dan masuk pertandingan.
- Belajar kelas ict.
- Terlibat sebagai sukarela di pusat internet untuk kemaskini BR1M.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nor Hafizah Bt. Nadzri:

Keusahawanan

Muruku Lingkar Hajah Salmiah Sungai Pinang
Tel : 04 – 866 3844 atau 012-479 1341


Kilang Buah Pala Uncle Chang Kun Mim
No Tel : 04-866 8426 atau 016-4336303